BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, 5 April 2011

Salam ^_^ Dari Dangau Kata



Bismillah


Alhamdulillah …
Tanpa sedar , pejam celik … Dangau Kata sudahpun berusia 1 bulan 2 minggu. Terasa seperti baru saja beberapa hari menamakannya.

Walaupun sudah 1 bulan 2 minggu wujud  …
Di dadanya masih belum punya apa-apa entri. Kelakarkan ?. Blog tanpa entri. Hu2. Hari ini baru la berkesempatan dan dipinjamkan kekuatan untuk berbicara. Alhamdulillah. 

Sebenarnya …
Seketika dahulu … pernah saya coretkan beberapa entri padanya. Namun … kemudiannya saya padamkan. Mungkin kerna saya masih ragu-ragu dan kurang yakin untuk bersama di dunia blog ini. Jangan salah faham. Maksud saya … belum bersedia untuk belajar menitipkan sesuatu untuk tatapan saya dan juga kalian semua. Al-Maklumlah … saya ini orangnya kurang arif dalam penulisan. Dengan kata lain … otak tak kreatif langsung. Hu2. Pabila jemari menyentuh papan kekunci … tetiba saja minda saya beku, bicara saya kelu dan  idea-idea tak juga menjengah tiba untuk dibicarakan. Terkadang tu … tulis padam …  tulis padam berkali-kali. [ ilham tak kunjung tiba ]

Semalam  …
Saya sempat menjenguk fb seorang pelajar saya dan dia melahirkan perasaan gembira pabila sudah punya blog sendiri. Semangatnya membuat saya tersenyum seketika. Dan dari situ juga … ia sedikit sebanyak menyentuh hati dan mengetuk minda saya tentang Dangau Kata yang sudah agak lama saya bisukan dan tersandai tanpa bicara. Terima kasih zareen . Mahu pinjam semangat kamu , boleh ? . ^_^

Dan …
Lebih kurang sebulan yang lalu … seorang adik ada memesejkan kata kepada saya. Saat itu saya benar-benar kebuntuan idea untuk menulis di Dangau Kata. Ilham tak datang-datang. Jenguh menunggu. Saya masih ingat akan kata-katanya.
“Rileks … ilham itu akan datang tanpa diduga”. Katanya ringkas.
Eheh … betulkah ayatnya begitu ? . Kalu kurang tepat … maaf yek. Ingat-ingat lupa. ^_^ .
Semalam … saya teringat kembali akan kata-kata itu. Saya berfikir sejenak. Benar … ilham itu milik Allah. Ilham itu hadir hanya dengan izin-Nya. Pohon dan terus pohon. Namun … jangan lupakan si kembar pada doa ( usaha ). Ia perlu seiring. Jangan tergesa-gesa dalam membuat sesuatu. InsyaAllah ... jika ia rezeki kita, ia pasti kan hadir. Tima kasih banyak-banyak ya dik … atas kata-kata penguat semangat itu.
InsyaAllah … moga ilham yang baik-baik dan yang indah-indah akan dikurniakan oleh Yang Maha Kasih untuk Dangau Kata. Ameen.